Friday, February 29, 2008 @4:44 PM
Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, Hilmi merupakan watak utama.Dalam novel ini, Hilmi telah melalui pelbagai konflik. Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah. Datin Salmah sememangnya tidak menyukai kehadiran Hilmi. Dia sentiasa mencari kesalahan Hilmi. Apabila hubungan Hilmi dan Hayati menjadi lebih erat, Datin Salmah menjadi lebih marah. Oleh itu, Hilmi telah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah Datin Salmah. Selain itu, Hilmi dan Mohsin menghadapi konflik. Kehadiran Mohsin, tunang Hayati telah membuatkan Hilmi sentiasa mencemburui mereka. Ini kerana hubungan Hilmi dan Hayati akan menjadi dingin dengan kehadiran Mohsin.
Seterusnya, Hilmi juga mempunyai konflik dengan Azizah. Rumah tangga Hilmi dan Azizah menjadi porak peranda apabila Azizah cemburukan hubungan Hilmi dengan Hayati. Azizah beranggapan kebanyakan lagu yang digubah oleh Hilmi ditujukan kepada Hayati. Azizah yang marah mengajar anaknya, Hakim memanggil Hilmi sebagai bapa jahat. Akhirnya, konflik Hilmi dengan dirinya. Hilmi serba salah untuk membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya balik ke kampung atau berpatah balik ke Kuala Lumpur.
by Grace_MeiShan_Stephanie