Friday, February 29, 2008 @8:49 PM
soalan : Bandingkan latar masyarakat yang telah anda pelajari dalam kedua-dua buah novel (8 markah )
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam novel Bukit Kepong, latar masyarakat yang dikemukakan ialah masyarakat kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pengarang memaparkan penduduk kampung mukim Bukit Kepong, mukim Pagoh dan juga mukim Lenga yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India yang bekerja di ladang getah Inggeris. Selain itu, latar mayarakat yang menggambarkan hubungan antara masyarakat kampung dengan anggota polis yang rapat juga dikemukakan. Masyrakat kampung dan anggota polis sentiasa bekerjasama menjaga keselamatan kampung mereka. Sehubungan itu, latar masyarakat yang dikemukakan ialah anggota pengganas komunis. Anggota pengganas komunis tiak mempunyai kediaman yang tetap dan mereka sentiasa bergerak-gerak di hutan.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, latar masyarakat yang dikemukakan ialah masyarakat kota. Masyarakat dalam novel tersebut digambarkan sebagai orang yang berpangkat dan penuh dengan kebebasan. Keluarga di sebelah Datin Salmah semuanya golongan yang kaya. Oleh itu, Datin Salmah bimbang yang Hilmi akan membawa malu kepada dirinya. Selain itu, latar masyarakat yang dikemukakan ialah masyarakat desa. Hilmi digambarkan sebagai seorang yang kesederhanaan walaupun dia seorang pemuzik yang terkenal. Hilmi juga seorang berbudi bahasa kerana memaafkan kesalahan Datuk Johari dan Datin Salmah terhadapnya. Seterusnya, latar masyarakat yang berbilang bangsa turut dikemukakan. Masyarakat berbilang bangsa ini digambarkan hidup aman dan tolong-menolong antara satu sama lain. Dr. Nathan sering mengambil berat tentang Hilmi ketika Datuk Johari ke luar negara.
by Grace_MeiShan_Stephanie
@4:44 PM
Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, Hilmi merupakan watak utama.Dalam novel ini, Hilmi telah melalui pelbagai konflik. Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah. Datin Salmah sememangnya tidak menyukai kehadiran Hilmi. Dia sentiasa mencari kesalahan Hilmi. Apabila hubungan Hilmi dan Hayati menjadi lebih erat, Datin Salmah menjadi lebih marah. Oleh itu, Hilmi telah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah Datin Salmah. Selain itu, Hilmi dan Mohsin menghadapi konflik. Kehadiran Mohsin, tunang Hayati telah membuatkan Hilmi sentiasa mencemburui mereka. Ini kerana hubungan Hilmi dan Hayati akan menjadi dingin dengan kehadiran Mohsin.
Seterusnya, Hilmi juga mempunyai konflik dengan Azizah. Rumah tangga Hilmi dan Azizah menjadi porak peranda apabila Azizah cemburukan hubungan Hilmi dengan Hayati. Azizah beranggapan kebanyakan lagu yang digubah oleh Hilmi ditujukan kepada Hayati. Azizah yang marah mengajar anaknya, Hakim memanggil Hilmi sebagai bapa jahat. Akhirnya, konflik Hilmi dengan dirinya. Hilmi serba salah untuk membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya balik ke kampung atau berpatah balik ke Kuala Lumpur.
by Grace_MeiShan_Stephanie