<body> <body>

Friday, March 2, 2007 @11:38 PM

Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini telah dirayakan dengan meriah sekali. Tidak seperti rakan-rakan saya yang lain, saya tidak perlu melalui perjalanan yang meletihkan untuk pulang ke kampung. Ini kerana semua ahli keluarga saya berada di Kuala Lumpur.

Pada hari sebelum Tahun Baru Cina, saya dan adik bekerjasama membantu ibu mengemas rumah. Barang-barang dilap dan lantai disapu. Perhiasan-perhiasan berkaitan dengan Tahun Baru Cina digantung bagi mewujudkan suasana dan perasaan Tahun Baru Cina. Pada waktu malam, semua ahli keluarga saya termasuk bapa saudara, ibu saudara serta sepupu-sepupu saya telah berkumpul di rumah nenek saya yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah menikmati lauk-lauk lazat yang dimasak oleh nenek saya.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, kami sekeluarga telah memulakan perjalanan kami pada hari tersebut selepas bersarapan kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Destinasi pertama kami pada hari tersebut ialah rumah nenek saya. Adalah menjadi tradisi untuk kami melawat beliau dahulu sebelum melawat orang lain. Setibanya di sana, kelihatan sepupu-sepupu saya yang telahpun mula berjudi. Perasaan gembira dan seronok menyelubungi perasaan setiap orang.

Selepas itu, kami pun menuju ke rumah rakan ibu saya. Memandangkan rakan ibu saya merupakan seorang 'vegetarian', kami dijamu makanan yang tidak mengandungi daging. Pada mulanya, saya menyangka makanan tersebut tentunya tidak sedap. Tetapi jangkaan saya salah. Makanan yang dimasaknya sedap-sedap belaka. Seronok kami sekeluarga menjamu selera di sana.

Kami pun menuju ke tokong selepas itu. Adalah menjadi kebiasaan untuk kami ke tokong untuk menyembah pada hari pertama Tahun Baru Cina. Alangkah bertuahnya kami kerana pertunjukan tarian singa dipersembahkan tidak jauh dari tokong tersebut. Tarian singa semakin luput ditelan zaman. Tradisi ini semakin dilupakan oleh generasi masa kini. (Saya tidak tergolong dalam kumpulan tersebut. :)) Kini, jarang-jarang dapat melihat pertunjukan tersebut.

Kami sekeluarga pun pulang ke rumah selepas itu. Selepas berehat seketika, kami pun bertolak ke rumah datuk saya. Sebaik sahaja selesai makan malam, saya dan sepupu-sepupu yang lain pun mula berjudi. Kami telah berjudi hingga ke tengah malam. Ketika berjudi, kedengaran bunyi letupan-letupan mercun. Bunyi-bunyi inilah yang mewujudkan lagi suasana Tahun Baru Cina.

Hari tersebut telah dilalui dengan seronok sekali. Saya amat berharap hari-hari yang akan datang turut dilalui dengan seronok dan gembira.
mei shan.

0 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

*~*~*PROFILE*~*~*

Kumpulan Renegades : Grace, Mei Shan, Stephanie dari 4 Bunga Raya

Laman Web ini di____kan khasnya untuk pembelajaran Bahasa Melayu. Idea ini merupakan galakan guru Bahasa Melayu kami, Puan Hanim.

Mesej untuk Cikgu : Bolehkah Cikgu memberi komen dalam cbox? Blogskin yang baru ini tidak mempunyai ruangan khas untuk "comments". Saya telah cuba menambahkan ruangan tersebut tetapi kurang mahir pula. Harap maaf. Terima Kasih =]

*~*~*ARTICULATE*~*~*




*~*~*JukeBox*~*~*


Get your own Flash MP3 Player


*~*~*ARCHIVES*~*~*

February 2007
March 2007
April 2007
February 2008
March 2008


*~*~*LINKS*~*~*

*FROG Bahasa Melayu

*Blog Puan Hanim

*Kumpulan The Theory of Lepak
: Han Hwa, Han Liang, Bryan, Vinser

*Kumpulan Blaze
: Zhuo Li, Chong Sheng, Chien Lung, Ivan

*Kumpulan Organised Chaos
: Sarah, Natasha, Geneive

*Kumpulan Summoned
: Je Hui, Mei Yee, Natasha

*Kumpulan Project Initial
: Wen Leong, Hong Chun, Kwan Han, Hsu-Cherng

*Kumpulan K5Harmoni
: Pey Wern, Wei Fen, Yuen Yeng, Lee Ling

*Kumpulan Crazy Gamer

*Kumpulan Projek D
: Dasara, Kian Min, Navin



*~*~*CREDITS*~*~*

layout : jeanette
fonts : dafont
image : deviantart
brushes: 100x100

PIMP.myYearbook.com - No. 1 Pimp Site