<body> <body>

Sunday, March 2, 2008 @11:27 PM

Duduk malamku di depan pintu
Duduk perhati hujan yang lebat
Duduklah aku hingga kesiangan
E-buku pengganti buku
Rupa yang cantik fungsinya hebat
Teknologi moden wahana mendidikan

Ular tedung jangan dipermudah
Patukannya lincah dan pantas
Bisanya dapat membawa maut
Fungsi e-buku amat canggih
Mewujudnya dunia tanpa batas
Meluaskan pengetahuan masyarakat

jennifer

0 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

@10:38 PM

Pantun 6 Kerat

Langit biru terang benderang
Burung berterbangan unggas kedengaran
Tenang hati dan jiwa terasa
Adanya e-buku segalanya senang
Terjamin masa depan pendidikan
Golongan di bandar mahupun di desa

Sunyi sepi rasanya tenteram
Masa dulu bagai tinggal dalam gua
Sekarang pesat bunyi pemodenan
Minat belajar mudah ditanam
Dalam diri orang muda mahupun orang tua
bila-bila masa e-bukulah teman

Stephanie :)

0 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

Friday, February 29, 2008 @8:49 PM

soalan : Bandingkan latar masyarakat yang telah anda pelajari dalam kedua-dua buah novel (8 markah )


------------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam novel Bukit Kepong, latar masyarakat yang dikemukakan ialah masyarakat kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pengarang memaparkan penduduk kampung mukim Bukit Kepong, mukim Pagoh dan juga mukim Lenga yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India yang bekerja di ladang getah Inggeris. Selain itu, latar mayarakat yang menggambarkan hubungan antara masyarakat kampung dengan anggota polis yang rapat juga dikemukakan. Masyrakat kampung dan anggota polis sentiasa bekerjasama menjaga keselamatan kampung mereka. Sehubungan itu, latar masyarakat yang dikemukakan ialah anggota pengganas komunis. Anggota pengganas komunis tiak mempunyai kediaman yang tetap dan mereka sentiasa bergerak-gerak di hutan.



Dalam novel Konserto Terakhir pula, latar masyarakat yang dikemukakan ialah masyarakat kota. Masyarakat dalam novel tersebut digambarkan sebagai orang yang berpangkat dan penuh dengan kebebasan. Keluarga di sebelah Datin Salmah semuanya golongan yang kaya. Oleh itu, Datin Salmah bimbang yang Hilmi akan membawa malu kepada dirinya. Selain itu, latar masyarakat yang dikemukakan ialah masyarakat desa. Hilmi digambarkan sebagai seorang yang kesederhanaan walaupun dia seorang pemuzik yang terkenal. Hilmi juga seorang berbudi bahasa kerana memaafkan kesalahan Datuk Johari dan Datin Salmah terhadapnya. Seterusnya, latar masyarakat yang berbilang bangsa turut dikemukakan. Masyarakat berbilang bangsa ini digambarkan hidup aman dan tolong-menolong antara satu sama lain. Dr. Nathan sering mengambil berat tentang Hilmi ketika Datuk Johari ke luar negara.

0 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

@4:44 PM

Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, Hilmi merupakan watak utama.Dalam novel ini, Hilmi telah melalui pelbagai konflik. Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah. Datin Salmah sememangnya tidak menyukai kehadiran Hilmi. Dia sentiasa mencari kesalahan Hilmi. Apabila hubungan Hilmi dan Hayati menjadi lebih erat, Datin Salmah menjadi lebih marah. Oleh itu, Hilmi telah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah Datin Salmah. Selain itu, Hilmi dan Mohsin menghadapi konflik. Kehadiran Mohsin, tunang Hayati telah membuatkan Hilmi sentiasa mencemburui mereka. Ini kerana hubungan Hilmi dan Hayati akan menjadi dingin dengan kehadiran Mohsin.
Seterusnya, Hilmi juga mempunyai konflik dengan Azizah. Rumah tangga Hilmi dan Azizah menjadi porak peranda apabila Azizah cemburukan hubungan Hilmi dengan Hayati. Azizah beranggapan kebanyakan lagu yang digubah oleh Hilmi ditujukan kepada Hayati. Azizah yang marah mengajar anaknya, Hakim memanggil Hilmi sebagai bapa jahat. Akhirnya, konflik Hilmi dengan dirinya. Hilmi serba salah untuk membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya balik ke kampung atau berpatah balik ke Kuala Lumpur.

0 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

Sunday, April 22, 2007 @9:59 PM

Dalam sekelip mata, negara kita telah pun mencapai ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Betapa bangganya saya sebagai rakyat Malaysia terhadap tanah air yang kini kian pesat membangun.

Setiap tahun pada tanggal 31, ibu saya tidak jemu menggesa saya dan adik-beradik untuk bangun lebih awal. Tujuannya ialah untuk kami melihat cara negara kita menyambut hari kebesaran ini di Dataran Merdeka melalui kaca televisyen. Namun demikian, Hari Kemerdekaan tidak merupakan suatu impak yang besar dalam hidup saya. Walaupun begitu, tiap-tiap tahun saya berasa tidak sabar menanti Hari Kemerdekaan. Saya berasa gembira kerana hari tersebut merupakan cuti awam. Ini bermakna semua sekolah tutup. Semua pusat tuisyen juga bercuti. Betapa gembira hati saya.

Tiap-tiap hari belajar Sejarah juga tidak dapat menanam semangat patriotik dalam diri saya. Mungkin kerana kejayaan ini telah dicapai sangat lama dahulu dan peristiwa ini tidak begitu bermakna kepada orang muda zaman kini terutamanya orang bandar. Kadangkala rasa malu timbul pada diri saya. Soalan yang sering ditujukan mencabar minda saya untuk memikirkan masyarakat pada ketika itu yang bertungkus-lumus,hidup dalam penderitaan tetapi masih mempunyai semangat yang kuat untuk membebaskan negara tercinta, Malaysia. Tetapi saya di sini, langsung tidak berasa apa-apa pada hari yang sering diraikan.

Tibanya tahun 2007, poster ulang tahun kemerdekaan ke-50 negara kita telah menyentuh hati saya. Poster yang giat diletakkan di tepi jalan raya telah membuka mata saya. Tiba-tiba saya berasa gembira tetapi sedih pada masa yang sama. Saya berasa bersyukur kepada masyarakat masa dahulu yang telah berusaha supaya saya dapat berdiri di Malaysia dengan selamat pada hari ini. Selain itu, perasaan sedih juga menyelami perasaan saya. Sedih kerana tidak sedar dari dahulu akan kepentingan Hari Kemerdekaan kepada seorang warga Malaysia.

Walaupun saya tidak boleh mengubah pandangan saya yang begitu keanakan yang lepas, saya hanya boleh berkongsi kepada orang lain akan kepentingan hari yang istimewa ini. Saya berharap setiap orang muda yang berfikiran seperti saya dahulu akan sedar dan berasa bangga apabila melihat bendera negara Malaysia dinaikkan sambil mengingati Hari Kemerdekaan.

love grace

2 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

Wednesday, March 7, 2007 @7:57 PM

Akhbar banyak menyiarkan berita tentang gejala-gejala sosial. Saban hari, masalah ini bertambah serius. Golongan yang sering terlibat dalam masalah ini ialah golongan remaja. Remaja pada hari ini merupakan pemerintah pada masa hadapan. Ini lebih membimbangkan semua pihak.

Jadi, apakah faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam kegiatan-kegiatan sosial ini? Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi para remaja. Pengaruh keluarga merupakan faktor paling utama. Ibu bapa yang tidak peduli serta tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada para remaja mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah. Perlakuan ibu bapa turut mempengaruhi remaja. Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Selain itu, kurangnya didikan agama juga menyebabkan remaja terjerumus ke dalam kegiatan tidak berfaedah. Pendidikan agama dan moral harus diterapkan dalam diri remaja sejak kecil lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Agama mendorong remaja ke jalan yang benar dan menghidari mereka daripada kegiatan-kegiatan sosial. Tiada agama dalam dunia ini yang mengajar seseorang individu perkara yang tidak baik malah berbuat jahat.

Contoh-contoh perlakuan para remaja yang membimbangkan masyarakat adalah seperti pergaulan bebas, menagih dadah, merokok dan kegiatan ahli buli. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini harus dijalankan.

Kempen-kempen kesedaran harus dianjurkan oleh pihak bertanggungjawab bagi mempertingkatkan kesedaran orang ramai. Undang-undang juga patut dikuatkuasakan agar lebih tegas. Selain itu, nilai-nilai baik berasaskan pendidikan moral dan agama harus diterapkan dalam diri para remaja. Pelajaran sekolah ini haruslah merangkumi sukatan-sukatan ini.

Sesungguhnya, masalah ini dapat diatasi sekiranya masyarakat setempat berganding bahu mengatasinya.

0 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

Tuesday, March 6, 2007 @4:50 PM

Seminggu sudah pun berlalu... Sambutan Tahun Baru Cina berlalu dengan cepat sangat. Baru seminggu yang lalu, saya bersama keluarga sibuk menziarahi saudara-mara di Pulau Pinang. Begitu cepatnya masa perayaan tamat dalam sekelip mata. Rindunya pada datuk, pak cik, mak cik dan sepupu yang berada jauh dari mata tetapi dekat di hati.

Tahun ini agak berbeza berbanding tahun yang lain. Mengapa rasanya? Entahlah. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang agak mendung sepanjang Tahun Baru Cina. Biasanya, cuacanya agak panas terutamanya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Tahun ini hujan pula. Walau bagaimanapun, semagat yang tinggi melompat tidak hilang dari hati. Di mana-mana kami jejak, kelihatan pelbagai hiasan yang berwarna merah melambangkan kekayaan. Kedai-kedai di merata tempat memasang muzik Tahun Baru Cina dengan penuh rasa semangat menyambut hari perayaan.


Selain itu, saya menyedari bahawa di mana-mana saja kami kunjung, makanan yang disediakan sama hidangannya. Hal ini menunjukkan bahawa setiap hidangan membawa makna tertentu. Pada malam pertama, kami menjamu selera bersama seisi keluarga di rumah datuk. Ibu dan makcik-makcik bertungkus-lumus menyediakan makanan yang secukupnya untuk kira-kira 15 orang. Walaupun meletihkan, mereka berasa seronok kerana keadaan yang begitu meriah sekali.

Kemudian, kami saling menziarahi saudara mara di sekitar Pulau Pinang seperti tahun-tahun yang lepas. Rasa seronok dapat berjumpa dengan sepupu serta saling bertukar cerita tentang pengalaman di sekolah dan sebagainya. Saya juga mula bersembang panjang dengan pakcik dan makcik saya. Sebelum ini, kami jarang-jarang bersembang selain bertanya khabar, tahun ini pula berbeza. Mungkin saya sudah mula menjejak dunia orang dewasa. Hebat rasanya dapat menukar pendapat dengan orang dewasa berbanding duduk berdekatan tanpa bersuara. Walaupun sentiasa dinasihati oleh orang tua untuk mengelak aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah, kami mula berjudi sebaik sahaja habis bersembang.

Walaupun kerajaan telah mengharamkan mercun dan bunga api seperti yang dipaparkan dalam surat khabar, namun seluruh penduduk Malaysia masih giat melepaskan bahan api ini pada hari perayaan. Kalau tidak, semangat Tahun Baru Cina akan luntur. Hal ini kerana, mercun dan bunga api merupakan lambang utama perayaan ini. Jika keistimewaan ini diharamkan, sebahagian makna perayaan ini akan hilang. Namun begitu, rakyat juga dinasihati supaya berhati-hati dan main bahan-bahan api ini dengan had yang tertentu =]

Akhir kata, Tahun Baru Cina ini akan saya semati dalam hati untuk jangka masa yang panjang. Peristiwa-peristiwa yang manis tidak akan saya lupai. Hubungan saya dengan saudara mara yang semakin erat setiap tahun akan saya hartakan dalam jiwa. Harap-harap tahun depan akan membawa pengalaman yang berbeza.

~Stephanie

0 comments
by Grace_MeiShan_Stephanie

*~*~*PROFILE*~*~*

Kumpulan Renegades : Grace, Mei Shan, Stephanie dari 4 Bunga Raya

Laman Web ini di____kan khasnya untuk pembelajaran Bahasa Melayu. Idea ini merupakan galakan guru Bahasa Melayu kami, Puan Hanim.

Mesej untuk Cikgu : Bolehkah Cikgu memberi komen dalam cbox? Blogskin yang baru ini tidak mempunyai ruangan khas untuk "comments". Saya telah cuba menambahkan ruangan tersebut tetapi kurang mahir pula. Harap maaf. Terima Kasih =]

*~*~*ARTICULATE*~*~*




*~*~*JukeBox*~*~*


Get your own Flash MP3 Player


*~*~*ARCHIVES*~*~*

February 2007
March 2007
April 2007
February 2008
March 2008


*~*~*LINKS*~*~*

*FROG Bahasa Melayu

*Blog Puan Hanim

*Kumpulan The Theory of Lepak
: Han Hwa, Han Liang, Bryan, Vinser

*Kumpulan Blaze
: Zhuo Li, Chong Sheng, Chien Lung, Ivan

*Kumpulan Organised Chaos
: Sarah, Natasha, Geneive

*Kumpulan Summoned
: Je Hui, Mei Yee, Natasha

*Kumpulan Project Initial
: Wen Leong, Hong Chun, Kwan Han, Hsu-Cherng

*Kumpulan K5Harmoni
: Pey Wern, Wei Fen, Yuen Yeng, Lee Ling

*Kumpulan Crazy Gamer

*Kumpulan Projek D
: Dasara, Kian Min, Navin



*~*~*CREDITS*~*~*

layout : jeanette
fonts : dafont
image : deviantart
brushes: 100x100

PIMP.myYearbook.com - No. 1 Pimp Site